Para pembaca sekalian, pernahkah di antara kamu yang mempunyai abang atau kakak yang telah melanjutkan pelajaraan di luar negara?
Mungkin saudara awak? Jiran? Sahabat?
Dan ketika mereka hendak belayar, pernahkah kamu berfikir, suatu hari nanti kamu juga ingin di sekelilingi oleh saudara-saudara, kawan-kawan dan keluarga kamu yang menyambut pelayaran kamu ke negara asing-penuh dengan berbagai cabaran.
Wahai pembaca setia,
Pohon jati sentiasa bersuka ria,
Kalaulah aku dapat belayar,
Bertambahlah lagi hatiku mawar.
Alangkah hebatnya jika saya juga dapat mengikuti jejak langkah ayah dan abang saya yang melanjutkan pelajaraan mereka di tanah Ratu Elizabeth. Namun begitu, walau sepanjang hari aku termenung impian itu, mimpi-mimpi yang tinggi, tidak cukup untuk mengikuti si burung merpati.
Maklumlah, yang penting sekali adalah keputusan A'level dan juga permohonan 'UCAS' saya.
Dalam borang yang di sediakan oleh kolej saya, kita dihendaki memberikan informasi tentang diri kita termasuk keputusan O'level, AS Level, keputusan jangkaan dan seterusnya. Selain itu, terdapat tiga ruang kosong.
Tiga ruang kosong inilah yang berpotensi untuk mengubah hidup saya sekarang dan di masa depan. Ruang kosong ini akan dipenuhi dengan bahagian pelajaraan yang ingin saya terajui serta universiti pemilihan saya iaitu
- 'University of Leicester'
- 'Royal Holloway'
- 'Loughbrough'
- 'University of Aberdeen'
Susunan dari satu ke bawah menunjukkan pilihan saya yang utama dan yang kurang diutamakan.
Tujuan sebenar untuk membuat 'post' ini adalah untuk mengembangkan pilihan saya serta saya berharap kamu para pembaca sekalian dapat memberikan pandangan dan pengalaman kamu sendiri.
Sebelum saya melepaskan Si Harimau Garang ke dalam hutan, inginku mengingati kamu bahawa pelajaraan yang ingin saya terajui untuk masa depan saya adalah
Politik dan Hubungan Antarabangsa.
Minta maaf atas mutu gambar yang kurang memuaskan. Itulah lambang universiti pilihan saya yang pertama.'UOL'-Leicester City ini sememangnya terletak di 'East Midlands of England'. Universitinya mempunyai kawasan yang dikategorikan sebagai 'urban campus' iaitu kawasan universitas berhampiran kota bandar.

Bangunan khas untuk pelajar yang berminat bidang 'engineering'.
Infrastruktur universiti ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bangunan mempunyai khusus pengajarannya yang tersendiri.
Namun, mungkin saya tidak bernasib baik atau tidak mencuba sedaya upaya kerana saya tidak mendapati cukup gambar-gambar bangunan pelajaraan yang lain.
Sebaliknya, saya mendapati kampus UOL.
Kampus UOL.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, Leicester ini sememangnya antara kota bandar di pertengahan timur England dan dari gambar di atas, ia membuktikan ini.
Saya tahu, saya tahu. Selepas melihat gambar-gambar UOL, wahai Abdul Azim, mengapakah kamu sanggup pergi ke UOL?
Saya tahu, saya tahu. Selepas melihat gambar-gambar UOL, wahai Abdul Azim, mengapakah kamu sanggup pergi ke UOL?
Dari pengalaman saya di nenek tingkatan enam Brunei-Maktab Duli dan kolej moden dan baru-Pte Katok, ia cukup untuk mengingati saya bahawa keindahan sebuah institusi itu hanya illusi.

UOL mempunyai sebuah librari yang cukup menarik dan penuh dengan buku-buku yang jauh lebih bernilai dari harta karun. Walaupun universiti ini kelihatan kurang menyenangkan hati, jangan tertipu.
Apa yang menarik hatiku untuk masuk ke UOL adalah prestasinya.
'The University of Leicester' merupakan University 2008-2009 mengikuti kedudukan yang dicipta oleh 'Times' Higher Education'.
Sehingga memberikan mereka gelaran:
"Elite without being elitist".
Selain itu, UOL merupakan institusi kegemaran orang Brunei dan Malaysia dan kedudukannya
no.14 di seluruh United Kingdom
jelas menunjukkan prestasi hebat UOL.
Jadi, inilah harapan utama saya, untuk mengambil
'Politics' dan 'International Relations' di 'University of Leicester'.
Amin ya rabbal alamin.
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------
'Royal Holloway'-antara cabang-cabang University of London.
Saya mendapati nama institusi ini iaitu Royal Holloway dari punca yang unik sekali. Pernahkah kamu membaca buku yang ketika itu terhangat di pasaran, berjodol 'The Da Vinci Code'.
Heroin dari cerita itu telah melanjutkan pelajaraannya tidak lain dari?
Ya, betul kamu salah.
Dia dari Royal Holloway. Bukan itu sudah jelas wahai pembacaku yang JELAS mempunyai banyak sel-sel otak yang telah mampus.
Seterusnya, selamat datang ke RHUL!

----------------------------------------------------------
Harap maklum, saya tidak akan mengembangkan Loughbrough kerana... Saya boleh. 
Itulah Aberdeen, terpencil jauh di timur utara. Minta maaf Aberdeen tapi saya ingin bertempat sekurang-kurang dekat dengan cintaku iaitu...

Oh minta maaf, salah gambar.
Antara empat-empat pemilihan saya, UOL, Loughbrough, Aberdeen dan RHUL.
Royal Holloway merupakan universiti yang sangat cantik dan mengagumkan.
Oh, minta maaf, oleh kerana sedikit masalah teknikal, gambar ini pula yang muncul. Saya harap para pembaca saya yang lelaki tidak akan tergoda dan akan berlajar bersungguh-sungguh hanya dengan tujuan untuk memasuki kelab kolam renang RHUL.
Sedikit informasi tentang sejarah RHUL:
Sedikit informasi tentang sejarah RHUL:
RHUL sebenarnya merupakan kolej KHAS untuk PEREMPUAN sahaja. Namun, oleh sebab mereka nampak potensi saya untuk memasuki kolej mereka di masa depan, mereka telah mencampur pelajar lelaki dan perempuan dalam institusi yang sama, agar saya,
WIRA DUNIA, mungkin akan berfikir itu untuk memasuki RHUL dan mencairkan setiap pelajar-pelajar wanita di RHUL.
Maaf, secara serius, RHUL adalah universiti yang sangat menarik.
Mengapa?
Mereka mempunyai kelab koir yang sangat aktif dan di hormati oleh universiti yang lain di England.
Kesenian institusi ini memang tiada bandingan.
Selain itu, RHUL juga berdekatan dengan London-sekurang-kurangnya sejam lebih.
Kedudukan yang ke 30 universiti terbaik di United Kingdom.
Malahan, dari gambar di bawah ini...
Sekeliling yang penuh dengan kehijaun dan bangunan yang sangat menarik serta mengagumkan, ia jelas menunjukkan bahawa ini adalah satu universiti yang ingin untukku melanjutkan pelajaran.
----------------------------------------------------------
Harap maklum, saya tidak akan mengembangkan Loughbrough kerana... Saya boleh.
Akhirnya,
University of Aberdeen.
- 129th universiti terbaik di seluruh dunia.
- 5 bekas pelajar yang pernah menjadi 'Nobel Laureates'.
- Pemandangan campus yang cantik dan dekat dengan pantai untuk rekreasi.
Namun, bukan maksud saya untuk menyindir atau menghina tetapi UOA ini adalah pilihan saya yang terakhir sekali. Sebabnya?
Perhatikan gambar berikut:
Yeah itu dia Aberdeen dengan dekat.
Kita 'zoom out'.
Itulah Aberdeen, Scotland.
Apa? Masih tidak puas hati?

Itulah Aberdeen, terpencil jauh di timur utara. Minta maaf Aberdeen tapi saya ingin bertempat sekurang-kurang dekat dengan cintaku iaitu...
'FOOTBALL'-BOLA SEPAK
ENGLISH PREMIER LEAGUE.
Aberdeen memang tempat yang bagus namun, saya ingin melihat perlawan EPL bukan mencukur bulu kambing biri-biri.
Dari pengalaman saya sendiri, ke Edinburgh (di sebut 'ED-DEEN-BRE') dari Newcastle telah mengambil sekurang-kurang dua jam.
Rambutku akan memutih dalam perjalanan! (Sangat ironik kerana Abdul Azim memangnya memiliki rambut bagaikan mutiara)
Namun, tujuan sebenar untuk ke Aberdeen adalah untuk belajar.
Institusi ini sendiri lahir pada tahun 1495 dan merupakan universiti kelima tertua di United Kingdom!
Sekian, Aberdeen merupakan satu universiti yang baik dan kedudukannya yang ke-26 di United Kingdom sendiri menunjukkan bahawa ia adalah universiti yang sangat dihormati.
----------------------------------------------------------------------
Sebelum menutup 'post' ini, inginku mengingati para pembaca yang mungkin berfikir pilihan saya ini kurang 'standard' atau berkualiti.
Saya membuat pemilihan ini kerana saya memilihnya mengikuti jangkaan keputusan A levelku dan walaupun saya ingin memilih Harvard atau Yale atau Cambridge atau Oxford, saya harus berfikir secara realistik.
Sekarang, keputusanku bergantung di sisi tuhan yang maha esa dan Cambridge-UCLES. Saya hanya, sebagai manusia yang tiada sempurna dibanding dengan tuhan yang maha berkuasa, ingin berdoa dan meminta supaya doa-doaku di makbulkan.
AMIN SAYA ABDUL AZIM BIN HAJI ABDUL KASSIM DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAANKU KELUAR NEGERI.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Benci aku~ Cinta aku~ Pffft~
HAHAHAHHAHAHAH GILA NGALEH MEMBUAT POST IN A MALAY ATU YOOOO FORMAL TAH LAGI! =D

































